Terbuka Malaysia | Tiada wakil negara layak beraksi di pentas final

2022-07-02 0

Aksi Terbuka Malaysia 2022 yang dijadualkan berakhir pada ahad menyaksikan tiada wakil negara yang bertanding selepas dua lagi pasangan beregu negara tewas dalam pusingan separuh akhir yang pada Sabtu.

Ia selepas impian beregu lelaki negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani untuk mara dalam final pertama kejohanan utama disertai mereka punah selepas ditundukkan beregu nombor tujuh dunia Fajar Alfian-Muhammad Rian Ardianto dari Indonesia dalam aksi yang berlangsung di Arena Axiata.